Have you ever wake up in the morning and feel so
strange?
Seperti.. ada roh tanpa jasad. Hidup segan, mati tak
mahu. Macam badan yang terbinasa, hanya tinggal jiwa. Seperti ada yang tak
kena. Macam rasa yang tak ada rasa. Satu perasaan yang sangat typical.
Yang tak boleh luah melalui kata-kata.
Dan aku tak pasti apa perkataan yang sinonim bagi rasa itu. Aku sendiri keliru.
Buntu.
Menulis pada waktu yang sepatutnya aku tika ini
bertungkus-lumus menjawab soalan Engineering Maths yang beribu. Kerana final
exam hanya tinggal 1 hari menunggu untuk menerkam aku. Kalau aku kuat, aku
boleh lepaskan diri daripada berdiam kaku. Kalau aku lemah, terpaksa aku
merelakan ia membunuhku.
Kita tinggalkan persoalan itu. Hm betullah apa orang
kata, cinta mana tak dibadai dugaan, kasih mana tak teruji cubaan. Selama ini
aku mengumpul kekuatan, aku sangka aku boleh menang. Tapi bukan, aku masih tak
mampu melangkah ke depan. Rasa di hati mungkin aku menang cuma cinta di jiwa
aku masih tak mampu tawan. Ingin melangkah tanpa kekecewaan.
Dia yang tak pernah jemu menunggu setiap malam.
Biarpun untuk jam 2am. Setiap kata kasar yang dilontarkan, dia diam. Dia makan
hati berulam jantung setiap malam. Sorang-sorang. Sebab? Dia cuba berlagak
matang. Dia tak mahu keruhkan keadaan. Biarlah sakit itu hanya diletakkan
dirinya yang malang. Malang? Ye malang. Tapi ada kau faham? Celaka. Ini bukan
sarcasm. Yang kau anggap mainan. Ini hati perempuan, yang perasaannya kau
campak, kau buang!
Aku pernah pesan dulu.. Kau boleh marah aku. Kau
boleh tengking aku. Kau boleh abaikan aku. Kau boleh cari kembali aku. Kau
boleh datang tanpa bersalah pada aku. Kau boleh biarkan aku. Kau boleh sakitkan
hati aku. Kau boleh toreh luka di hati aku. Kau boleh buat apa je pada aku.
Tapi hanya pada aku. Sebab, kau takkan pernah jumpa lagi perempuan seperti aku.
Tak cukup dengan itu, datang pula manusia bajingan.
Yang jantan pula gatal melayan. Dua-dua bangang. Kalau rasa bosan, hati aku tu
pulangkan! Untuk orang lain bagi salam dan duduk dalam diam-diam. Aku tak perlu
manusia yang bila nak sayang, sayang. Bila nak nak buang, buang. Kejam natang!
Entah sampai bila aku sanggup tunggu. Tak mungkin
sehingga mentari terbit dari timur dahulu. Tak mungkin sehingga Israfil meniup
sangkakala dahulu. Tak mungkin sehingga panggilan sakara didengar dahulu. Tak
mungkin sehingga semua itu berlaku. Entah. Buntu.
Alih-alih buntu. Jantung dah tak lagi laju. Rasa
sayu dalam sendu. Tunduk sendu dalam kelambu. Cuma berharap agar tidur aku
tetap lena walau syahdu. Mimpi aku tetap indah walau berserabut. Dan esoknya
bangun semua itu akan bertebangan hilang bagaikan debu. Kehidupan juga menjadi
tenang tanpa rindu. (Andainya aku boleh letakkan diri aku dalam situasi
sebegitu.)
Untuk ke ratusan kali, aku gagal lagi untuk menahan
air mata ini dari jatuh. And you know the feeling when you’re at one level of
sadness, and nothing can cheer you up. Saat tu kau tak boleh kongsikan dengan
sesiapa sebab kau sorang yang rasa.
Dunia aku kebarangkalian cuma sisipan dari picisan.
Hati aku penuh kesumat
Angkara luka yang kau palit hebat
Sakitnya tak bisa di ubat
Kerana sudah bernanah engkau buat!
No comments:
Post a Comment