Di-snap dari buku Melankolia Bisu.
Bila aku search kat twitter. Ini yang aku dapat.
Bagi aku bahagia tu relatif. Semua orang ada cara tersendiri untuk merasa bahagia. Dan setiap orang mendefinisikan bahagia itu berbeza. Bagi orang sakit, sihat itu bahagia. Dan bagi yang sihat, bahagia tu bukan lagi pada kesihatan tapi pada perkara yang lain. Terpulang pada individu. Bahagia ni satu 'moving target' yang tidak spesifik maknanya. Tapi aku tertarik dengan tweet dalam kotak merah tu. Dan aku rasa, itu la makna bahagia yang sebetulnya.
Bahagia itu bukan diletakkan pada orang yang bercinta sahaja. Dulu, itulah yang aku fikir. Bila bercinta, bahagia. Bila ada family yang sporting, bahagia. Teruknya fikiran aku dijajah masa tu. Rakusnya mentaliti aku dirogol waktu tu. Cerebrum aku ni macam tersekat tiba-tiba bagaikan loading yang akan fail. Aku ibarat terkepung dalam kotak otak aku sendiri. Kebal juga cell wall otak aku ya hahaha. Neuron-neuron ini seperti disimpul mati seperti fallopian tubes yang telah diikat sehingga menghalang the moving of eggs into the uterus. Persoalannya, perlu ke aku masukkan biology dalam entry ni? Dan... otak ada cell wall ke? Ah lantak lah.
Tuhan -- Semua orang tak sempurna. Dah gitu, aku pun termasuk dalam kategori yang sama. Walaupun aku berusaha untuk jaga, tapi kadang-kadang terbabas juga. Tanpa sengaja. Syaratnya, jangan biarkan ia bersarang terlalu lama. It will comes the day dimana apa yang kita buat semua tak kena. Ketidaktenteraman jiwa yang akan kita rasa, Kegusaran di hati yang tak tahu nak gambarkan macam mana. Hanya satu ubatnya, dekatkan diri yang Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa. Luahkan segala yang terbuku di dada. Khusyuk. Persetankan segala hal dunia. Trust me, you will get a spirit yang sangat luar biasa. Itu lah bahagia.
Keluarga -- Indahnya damainya keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan sayang ♫ ♪ ♫ Ibu bapa adalah nafas kehidupan. Syurga sebelum syurga. Cahaya sebelum cahaya. Betapa besarnya kasih mereka tidak tergambar dek kata-kata. Sem break ni niat di hati nak kerja tapi abah macam er err hm takpe lah kita tolong abah je. Merasa lah juga angkut bata, angkut simen, angkut segala benda masuk dalam Ranger. Merasa juga tangan calar kena hujung besi, merasa juga 'nelah' tapak tangan angkut bata. Luka dimana-mana. Sumpah, penat gila. Tapi aku puas. Nak tahu rasanya apa? Rasa bahagia.
Kawan -- Hm? Walaupun dengan kawan masa yang paling banyak aku luang untuk keluarkan segala isi tawa bahak-bahak aku tapi that's not the definition of bahagia. Itu bukan bahagia bagi aku. For some people, maybe yes but not for me. 'Eh yang engko suka mengilai macam hantu tu, bahagia la tu.' Eh dia ni aku cakap bukan, suka hati aku la. Kan dah cakap tadi bahagia tu relatif. Fake friends are everywhere, man. Kalau pada mengilai kau letakkan makna kebahagiaan, dengan sesiapa pun kau boleh mengilai. Bukan dengan kawan je. Itu, yang engko duk tengok si Nabil, si SepahTu, si Jozan buat lawak sampai ter-mengilai ketawa tu, engko bahagia ke? itu ke erti bahagia yang engko cari selama ni? Hah?
Bahagia dengan kawan is when they give you spirit to raise you up. Bahagia dengan kawan is when they are there for you to wipe your tears away. Bahagia dengan kawan is when they stay with you to hear everything that you are going to express. Bahagia dengan kawan is when they be your shoulder for you to cry on. Bahagia dengan kawan is when you both advice each other if one of you makes mistakes. Bahagia dengan kawan is when you both always remind each other for the goodness. Bahagia dengan kawan is when you both always gosipping about your own boyfriend at night. Dan yang paling bahagia dengan kawan is when you know they are not going to back stab you!
Loved ones -- Bahagia when you got a whatsapp "Assalamualaikum, esok cuti. Nak gi pantai dok?" after 2 days he was silence. Hahaha itu cerita semalam daa. Tapi itu lah kebahagiaan. When you got a quarrel, then you reconcile. He is the man yang takkan pujuk. No, he is the man yang tak pandai pujuk (the right ones). Engko meghajuk lah soghang hahaha. He's try but he always fail. He was always thwarted by me. But what makes my heart grows is when he makes that kind of surprise. Little surprise that makes little heart makes him as love eternally. Dah, kita biarkan ia tergantung begitu.
Rasulullah S.A.W bersabda:
" Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati"
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment