Serik.

Mereka kata, "what you give, you will get it back." But, this is not my first time give, but i got return in vice versa. Not my second time either.

Bukan sekalung penganugerahan yang aku pinta. Bukan pengangkatan darjat yang aku damba. Bukan wang ringgit yang aku mahu terima. Dan bukan juga ucapan jutaan terima kasih yang aku mahu dengar di telinga. Cukuplah sapaan gembira bila berjumpa. Cukuplah terukir senyum bila bertemu mata. Sebagai tanda diri tidak lupa.

Tapi apa yang aku dapat? Hina cerca dari mereka. Sinis memandang berganti tawa. Bercerita entah apa pada semua. Masam muka bila berjumpa. Jelingan tajam bila bertemu mata. Sampai diri ini keliru salah aku apa.

Aku cuba husnuzon pada awalnya, tapi jawapannya tetap aku tak jumpa kenapa. Aku cuba buang semua negative vibes yang ada di kepala, namun hasilnya tetap sama. Semua orang memandang serong bak aku ini pembunuh bertopeng di dalam lorong. Bodoh. Sudah sunyi dan gelap, namun masih memakai topeng untuk menutup identiti dari diketahui orang. Jadi aku anggap kau lemparkan aku dalam situasi hipokrasi sebegitu rupa. Di mana, aku sendiri tak terjangkau teruknya aku ini yang kau sangka. Kalau betul itu kau maksudkannya, pergh kau memang padu gila.

Memang aku tak sebaik yang kau sangka. Jenis yang makan dalam, tak lama lagi kau tunggu lah letupan yang bakal datang. Tapi, kau tak perlu bimbang. Bukan jenis aku suka berdendam. Kau tak perlu takut nak tengok muka aku masam, sebab aku bijak beriak tenang. Kau hanya boleh tengok senyum aku yang tak berkesudahan. Walaupun suhu di hati dah melebihi paras amaran. Aku. Akan. Tetap. Tenang.

Sedih jugak bila terkenang. Aku buat baik tapi dibalas taik dek manusia kejam. Bagi aku, dia manusia yang langsung tak berperikemanusiaan. Yang tak habis-habis mencari kesalahan orang. Diberi kebaikan, mahu juga dibalas kejahatan. Atau mungkin sel-sel neuron yang bergabung di otaknya sudah berkurang. Kalau betul itu, aku maafkan. Nak kata aku kejam? Kau lupa, aku ini pembunuh bertopeng di lorong yang kau anggap syaitan?

Aku-- Perempuan yang tak akan lupakan kenangan. Memori kad otak aku masih lagi berfungsi dan masih lagi boleh diisi. Setiap apa yang kau lakukan, aku akan hadam dan simpan di sini, dalam memori. Namun, aku terlalu sayangkan persahabatan. Kemana pun aku lari, kau tetap juga aku akan berdepan. Sehabis mungkin, najis yang dah kau calitkan, aku akan cuba hilangkan. Bukan sahaja di pandangan orang, juga di ingatan. Lupakan semua sampah, nanah dan najis itu. Supaya aku suci daripada sebarang kekotoran.

Tapi, sabar itu indah. Sangat indah. Islam itu cantik. Walaupun aku diuji sebegitu rupa, namun Dia hadirkan insan yang tak henti menyokong dari belakang. Tapi bila aku kenang. pepatah "what goes around, comes around" macam kena dengan keadaan. Dulu aku tolong sebab aku kesian, sekarang bayang aku sikit pun dia tak pandang. Lepas ni, kalau kejadian dulu berulang, aku langsung tak hairan. Memang setimpal dengan apa yang kau dah buat dekat orang. Cuma, dari jauh aku hanya mampu doakan. Semoga kau berubah dan menjadi lebih baik untuk masa yang akan datang. Okay kawan?


Did I mention anyone? So, keep calm.

2 comments:

  1. Susunan aksara kata bak pujangga yang sarat dengan jutaan makna. Thumbs up 👍

    ReplyDelete
  2. woow nice and the great post sahabat.. menyentuh sanubari,..sabar itu name nya KEHIDUPAN...

    ReplyDelete