HATI ✿

Aku bukan jenis suka bermadah pujangga. Sebab aku memang bukan expert sangat pun dalam penulisan ni. Menulis pun tengok mood. Terhasilnya puisi pun, aku kena mengalami sesuatu tu dulu baru tercetus idea. Kalau tak, harom aku nak buat. FAILED! Buat malu diri sendiri.

Menaip sambil ditemani lagu ‘Apa khabar’ Joe Flizzow.

Hati? Apa khabar hati? Jangan bimbang. Aku bukan nak cakap pasal how my heart got melts when my boyfriend did something sweet. Tak tak. Tak kan ada pun unsur sebegitu. Aku tahu orang menyampah. Aku pun taknak share. Sweet sweet tu aku simpan dlm poket aje. Sebab aku tahu ramai pentiru, copycats di luar sana yang selalu nak hidup serupa macam life aku. Eheh sentap?

Hati lembut—bukan sorang yang meletakkan aku dalam keadaan tu. Bukan dua bukan tiga. Ramai.

‘Hek eleh semua pompuan hati lembut kot. Over sial.’

Ye. Betul. But guess what? I’m still crying when on the phone with Mama Abah even I’m now at the end of semester 2. My tiara started to fall down once Mama Abah asked ‘SIhat?’ at the beginning of the conversation. & of course I can’t hold ‘em for too long and I have to burst it out. And the conversation stopped there. Always. Housemates aku dah bosan dah jemu dah tengok aku nangis. Diorang pun dah tak heran. Tak pelik. Normal. Bagi manusia bernama Nurhafifah Mohd Ghazali.

Aku pun tak pasti kenapa lacrimal gland ni aktif sangat terangsang. Kenapa meibomian gland ni tak boleh tampung air mata aku. Kenapa hormone prolactin, hormone adrenokortikotropik, hormone leucine encephalin ni terlebih sangat.

Aku ni jenis yang kalau sakit, lagi tak teruk aku takkan makan ubat. Lagi boleh tahan aku takkan pergi klinik. Lagi boleh tanggung, aku takkan bagitahu orang. Sebab aku tak suka mintak simpati orang. Aku tak suka tarik perhatian orang. & one of the reason is when I’m about to tell them that I’m sick, lacrimal gland ni cepat sangat terangsang. Air mata nak keluar dah tak tertahan-tahan. Lebih-lebih lagi bila ada yang datang tunjuk simpati, air mata terharu tu mencurah-curah macam lepas putus cinta katekoo.  

Sebab tu bila Mama Abah tanya, ‘Sihat?’ aku rasa terharu sangat. Feeling loved. Feeling cared. Feeling safe. All of that feelings mixed into one. Aku tak tahu nak describe macam mana tapi semua tu aku boleh rasa di sini. Di hati.

Aku dah biasa dah lepas on the phone, hati masih sebak, air mata masih jatuh, si housemates lagi menyemarakkan air mata tu untuk jatuh. Gosok-gosok belakang la. Tu pun sejenis perangsang untuk air mata aku ni lagi syok gugur ke bumi. Suka sangat la diorang tu. Suka.

Satu lagi yang boleh buat air mata ni gugur, bila Mama Abah Tanya ‘Duit cukup?’

Aku anak perempuan. Apa-apa Mama Abah banyak bagitau aku. Aku faham. Aku rasa kesusahan diorang. Even orang tengok kita ni senang. Kita pulak, takkan nak tunjuk susah kita kat orang. Again, I’m not attention seeker jerks! Selama ni abang aku mintak duit, even diorang sendiri tak cukup duit tapi dihulur juga, dibank-in juga. Parents ni kan jarang berkongsi dengan anak lelaki. From what I saw in my family, anak lelaki ni entah la nak cakap dia ni tak faham, bukan. Saja ego lelaki mungkin. Hati lelaki. Kadang aku terfikir, sebelum mintak duit tu diorang fikir dulu ke Mama Abah ni ada duit ke tak. Kadang datang jugak geram dalam hati ni.

But now, it’s my turn. Living far from family for the first time. Anak perempuan manja yang langsung tak hingin duduk hostel tiba-tiba tercampak di Shah Alam. Susah jugak aku nak terima dulu. Rasa macam mimpi. Selama ni hidup semua bergantung dekat family. Nak pergi kedai pun mesti kena ada orang teman. Memang sejak dari sekolah lagi aku memang lack of confidence. Because of that I had lost so many good opportunities.

So, sebab tu bila duit dah kurang aku nak mintak pun tak sampai hati. I don’t want to be a burden to them. Semua yang dikongsi terpahat kukuh di hati. Aku dengar, aku rasa, aku faham, aku simpan semua kesusahan tu. Bila aku dah sebati dengan semua tu, takkan aku nak butakan hati. Aku jauh. Susah diorang aku tak tahu. Sakit diorang aku tak tahu. Kalau ade dekat, bila diorang susah aku ada sama-sama. Aku harungi sama-sama. Memang aku tak boleh buat apa but at least I was there. Berikan fahaman pada adik-adik pasal ni. Beri pelukan hangat pada mereka yang tidak mengerti apa-apa lagi. Dengan harapan sedikit kekuatan yang aku ada sampai pada mereka agar mereka lebih kuat dari biasa, dari sedia kala. Malah, lebih kuat dari kakaknya.

Tapi aku bersyukur. Dalam masalah hati yang aku alami, ada insan yang sudi menjadi bahu untuk aku tangisi. Walaupun dia tak sepenuhnya memahami rasa hati ini, tapi terima kasih atas semangat dan nasihat yang diberi. Terima kasih sayang. Rasanya terima kasih langsung tak mencukupi. Tak semua masalah aku kongsi, jadi bila aku sudi, aku harap ada yang tak jemu mendengari,tak jemu menasihati, tak jemu semangat yang diberi, walaupun untuk berulang-ulang kali.


Tapi dalam diam, aku juga mengumpul kekuatan. Aku penat hidup takut dengan bayangan orang. Aku perlu kuat menghadapi kehilangan. Bila tiba masanya nanti, aku perlu berani melangkah pergi. Tanpa sakit di hati. Masa tu aku takkan berpaling lagi. Aku akan tetap berjalan tanpa henti. Dan tanpa menoleh ke belakang, kanan dan kiri. 


I'm stop here. Jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum. 

1 comment: