How I recover my skin from breakout?

Hello guys!! I’m back again with an entry as I promised in the last entry. Since you guys don’t know, my face started to break out masa I guna one beauty set dari local product. But not to mention it here sebab probably my face yang tak sesuai, huhu I’m not blaming the brand :) But still, erghh! 😞 Jenuh juga nak cuba pelbagai jenis skincare yang boleh heal semuanya…..😣 *mengeluh lagi*

But now, alhamdulillah my face dah 95% recover. Lagi 5% flaws. Hahahaha yelah mana ada orang perfect kan! Takde orang flawless lah kat dunia sebab we’re human ok! Tolonglah accept the fact yang semua orang ada flaws masing-masing ok!! Eh emosi pula huh.

Let’s get started.
-
-
-

(BEFORE)


SKINCARE ROUTINE

Cetaphil Gentle Skin Cleanser 
NP : RM28.50


Ini cleanser yang I guna and sumpah its MY HOLY GRAIL!!! I started guna ni Nov 16 jadi dah 8 bulan dan ni my 5th bottle already. I usually beli yang 250ml sebab yelah….mahel 😒
Mula-mula guna I tak berapa nak suka sebab tak foamy. Tapi takpe lah, ku relakan jua. Walaupun tak berbuih, tapi bila sental-sental kat muka ni, bila basuh dengan air, rasa bersih pulak muka ni hahaha. Jadi untuk korang yang memang nak heal fast, ni memang highly highly recommended!
Tapi mungkin it works differently. Sebab my friend dia keluar acne lepas tu baru okay. Macam I sendiri, tak keluar acne mungkin sebab sebelum ni memang I dah banyak guna drugstore products. Korang yang sensitive skin boleh cuba sebab sensitive skin ni tak banyak product yang boleh suits well dengan kita punya skin. Cuba dulu dan lihat hasilnya.


Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion 
NP : RM 64


Basically I guna ni as a toner. Satu-satunya faktor I beli ni sebab I baca 2 or 3 blog yang review pasal this toner dan toner ni katanya satu botol akan terjual setiap 4 saat di Jepun. Kira ni best-seller dia lah. Kau gila taknak beli?!?! 😱  Dia punya excited rasa macam nak beli time tu jugak! Haha lagipun toner ni ada Super Hylouronic Acid which is korang boleh google macam mana dia helps dalam mengembalikan kulit idaman korang. Haha tak la, untuk pengetahuan korang, 1 gram Hyalouronic Acid bersamaan dengan 6 liter air. Jadi dia berupaya untuk mengekalkan kelembapan kat muka korang. Dan sebenarnya, haritu I pergi pharmacy dan baru tahu pekerja sana cakap rupanya yang oren ni untuk kulit kering sebab yang ni agak pekat sikit. Kalau untuk kulit berminyak yang hijau sebab dia cair sikit. Tapi so far I pakai okay je.


Dalacin T 
NP : RM 40


THIS IS FREAKING MAGIC IN THE BOTTLE!! 🌟✨ Ni korang boleh dapatkan kat pharmacy. Tak sure drugstore ada ke tak benda ni. Harga dia mahel sikit la sbb botol kecik tapi kalau korang memang banyak acne, highly highly recommend this! It’s worth sumpah I tak tipu! Masa I beli ni, pharmacist tu ada pesan. Kalau you guna ni then gatal, stop sebab mungkin tak sesuai. But I pakai okay je and all my bumps hilang. Actually I banyak bumps dekat dahi, pipi dan I malu nak keluar and I rimas. Acne pun ada dan macam lambat gila nak baik kalau dia naik. Lepas tu tangan pulak gatal asyik nak picit je sebab benci tengok kat muka. Tapi lepas guna ni I sabar je dan in one day tu banyak kali I sapu sebab nak fast result hahahaha. Now Alhamdulillah bumps dah totally hilang dan jerawat pun kalau pms baru naik. Pastu kalau I apply dalacin t ni, dalam 2 hari dah kecut huhuhu 


Organic Aid Vitamin E 
NP : RM 19


Mula-mula I pakai ni as a moisturiser, tapi since kulit I oily tak boleh pakai yang cream sebab dia akan jadi lagi oily. Tapi sebab dia ada vitamin E, I pakai jugak untuk duduk rumah je lah. Bila pakai, dia memang tak sticky tau tp entah la bila apply foundation, rasa macam super duper oily. Which is not good ye anak-anak! πŸ‘Ž
Lagi oily your skin, lagi banyak clogged pores, lagi bermaharajalela acne tu πŸ˜‚


Hada Labo Hydrating Water Gel
 NP : RM 10


Okay since my skin is oily, moisturiser yang sesuai adalah yang jenis water based atau gel. So I beli ni sebab dah cam susah nak cari moisturiser gel yang mur mur hehe. Bajet nak rendah je kan sebab tu beli trial set hahaha. So bila nak keluar dan nak kena pakai foundation, I akan pakai moisturiser ni so kulit akan less oily. Dan lama-lama dah tak oily. Serious cakap sekarang bangun pagi pun dah tak oily. Kalau tak cuci muka beberapa hari pun dah tak oily. 


T3 Pimple Solution 
NP: RM 10.50


Yang ni I guna kadang-kadang kalau pms sebab biasanya jerawat naik seketul dua je. Biasanya ambil masa 2-3 hari nak kecut. My friend yang recommend ni sebab katanya yang ni tak tinggalkan scars. Yang purple tinggal scars. Tak sure sejauh mana betul kata-kata dia tapi I guna yang ni memang tak tinggal parut.


Bio Essence Bird’s Nest + Peptides Plumping Capsule Essence 
NP : RM 79


Essence ni I guna untuk moisturise my skin je. Pump sikit je and dab dab kat muka. Dan I anggap sebagai additional skincare dalam memperoleh kulit idaman I hahaha. Tak nampak sangat apa effect dia sebab I pakai sikit dan jarang-jarang sebab I tak rasa I akan beli lagi kalau habis ni. Tapi since dia dari bird’s nest so I anggap it will work the way it used to be. Hope so lah hahaha 😌


Bio Essence Bird’s Nest + Peptides Bouncy Overnight Mask 
NP : RM 69


Masa ni goal I adalah untuk heal je bukan untuk flawless nak mampos pon! Boleh heal pun dah bersyukur sangat dah. So since bird’s nest ni bagus, so why not I cuba. But sumpah dia punya texture sumpah best! Dia macam dadih tau lembut lembut camtu then bila you sentuh, dia pecah then in 5 secs dia kembali bentuk asal. Like seriously best gila main hahahaha. Tapi I tak pakai every night sebab takut habis huhu. So far okay la kalau pakai at night bangun pagi tu muka lembut dan tak oily. Untuk prevent jerawat, kena pastikan muka tak oily dulu sebab kulit oily ni la yang mengundang sebenarnya.


Garnier Miccellar Cleansing Water 
NP : RM14.50


The most important thing is make sure you remove all the excess make up. Tak kira la light make up ke heavy make up ke please please please remove all the make up. Tapi since yang ni memang water semata and bila you remove make up memang tak rasa oily! Dan takde excess dirt langsung! Rasa pun memang macam basuh dengan air which is so freaking good!πŸ‘πŸ‘ Sebab kita memang nak kurangkan penggunaan oil pun kat muka ni! Rasanya bioderma pun ada cleansing water tp pricey la sikit hekhek


Bio Essence Miracle Bio Water 
NP : RM 30


Sorry gambar google haha sebab sekarang dah tak pakai dah. Tapi dulu 3 botol jugak sempat pakai. I tak tau nak cakap tapi I akan pakai ni bila I dah sangat malas nak apply skincare. Zuupp spray and I’m done. Tapi dia best tau! Sejuk. Memang miracle. Dan masa I break out tu I memang akan pakai foundation masa keluar untuk cover semua tu tapi lepas tu I akan spray ni sebab I tahu kalau break out tak boleh pakai apa-apa tapi dalam masa yang sama I nak cover all that flaws dan dalam masa yang sama juga I nak healing process berlaku kat muka I. FAHAM TAK?! 
Can you see the struggles? 😫


Guardian Aloevera Gel 
NP : RM7.50


Break out dengan aloevera ni memang mainstream kan. Ni I akan apply malam sebelum tidur kalau tak pakai bio essence overnight mask tu. Dan I akan pakai bila-bila I rasa macam nak pakai. Ramai yang recommend aloe vera nature republic tu tapi entah la. Sebab I fikir aloevera je pun hahaha


Flower Bedak Sejuk 
NP : RM 4


Hahahahaha kelakar kan? Mostly every person yang I tanya mesti akan cakap bedak sejuk ni the true cure untuk bumps. Sebelum ni I ada cuba another bedak sejuk yg I beli dekat kedai jamu. Dah lah mahal, busuk pula tu. Then I beli yang ni dekat kedai biasa dan murah je. Dalam sehari I akan rajinkan diri pakai 1-2 kali. Sebab benda ni bila dia kering dia berhabuk itu yang buat rasa tak selesa. But yes! Kalau korang banyak bumps, cuba ni. Pakai banyak kali dalam sehari pun takpe sebab tak membahayakan your skin pun. Lagi banyak kali pakai lagi cepat heal. Taknak ke? 😏


NATURAL REMEDIES

Cinnamon + Honey


Masa first I pakai cinnamon, dia sangat-sangat burn kulit i. Ya Allah rasa macam nak nangis pedih gila. Dalam 3-4 kali yang first pakai tu pedih. Lepas tu pedih tu fades slowly sekarang dah tak pedih dah. I guna ni untuk hilangkan scars sebab I memang tak guna cream apa-apa untuk scars sebab mula-mula niat memang nak hilangkan jerawat ni semua dulu tak fikir pasal scars pun. Dan lepas semua dah hilang ada beberapa yang tinggalkan scars so I just buat homemade je sebab rasa sayang duit haha. Dan sebab scars je pun kalau keluar boleh cover guna concealer so sebab tu I rasa okay je kalau lambat pun nak hilangkan scars ni. 


Cucumber + Lime


I started pakai ni sebab nak hilangkan pigmentation. I ada pigment guys tapi sikit je tapi normal la kan? Well, adik neelofa pun ada tau! Yang ni I simpan dalam peti. Bila sejuk dan sapu kat muka rasa segar lah sikit muka ni. Tapi I tak rasa pigmentation I hilang tapi rasa segar yesss nora bagi 5 bintang. Ni I letak dalam botol dan apply guna facial cotton dan I notice lepas apply, dia brighten up my skin a bit dan I rasa kalau guna secara konsisten dia insyaAllah hasil mesti wow. 
Tapi korang ingat I rajin ke? 
Tak 😧

So, setakat ni je la I yang mampu share and I hope it helps! Sorry kalau panjang lebar. Dan harga I bagi tu adalah normal price which is I tak beli dengan harga tu pun. Biasanya I akan buka website Guardian/Watson untuk compare harga dan baru beli. I faham betapa complicatednya perasaan you guys masa break out, I know you guys struggling a lot. I bersyukur sangat I dah totally healed. At the first place, I cuma nak skin macam dulu. It’s okay tak flawless putih melepak cam orang lain. Now, my skin is back to normal. And I dah tak rasa insecure kalau keluar tak pakai apa-apa.



Mission accomplished ✓

Lots of love, FGπŸ’•

1 comment:

  1. wah pipah semakin cunnss..
    good info pipah😍

    ReplyDelete