Hai assalamualaikum.
Dah jadi lepasan SPM ni sempat lah keje sebulan dua cari pengalaman. Tapi motif kerja sebenarnya nak merasa beli handphone guna hasil titik peluh sendiri. Tapi 3 bulan kerja, bayang pun tak nampak. Ya Allah seriously aku cakap hidup jauh dengan family was really tough. Nak makan pun susah. Bayangkan sekali makan tengah hari dah RM5. Tu kedai paling murah la aku jumpa. Ye la kos hidup tinggi kot kat Kemaman ni sebab kawasan industri gitu. Tapi tak perlu sampai cekik darah. Pernah sekali akhir bulan, i just have RM15 for 3 days. Maknanya makan sekali sehari je untuk hidup. But guess what? Aku just ambik nasi putih, daging masak kicap dalam 3 ketul, salad, kuah singgang & air sirap. RM7 katekooo! Somewhere in Kemaman. Gila kau??
So, aku end up dengan kerja 2 hari je sebab hari ketiga tu dah takde duit. Sedih tau tak? Aku kerja 6 hari seminggu. Ada 2 shift, morning & full. Kalau morning aku suka buat full sebab ye la kan aku kan menumpang so kena tunggu orang lah. Dalam seminggu aku spend RM50 untuk makan. Biasa akan ada dalam sehari aku makan sekali sehari. Sebab tu bila balik rumah aku punya melantak macam orang seminggu tak makan nasi. Hahahaha. So, dalam sebulan RM200 untuk makan. Bayar sewa rumah lagi. Bagi dekat parents lagi. Gaji aku dah la ciput peh pehhh. Hm tapi pengalaman tu berharga beb. Ye, pengalaman yang tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa.
So, alhamdulillah semalam i got this.
My mom suruh pergi. Dan aku pun minat aviation ni. Bila aku google pasal aviation ni. Ni haa yang aku dapat. Program ini akan diajar dalam 6 semester (3 tahun) dan akan merangkumi semua aspek sistem Avionik, operasi dan penyelenggaraan. Sukatan pelajaran ini merangkumi asas-asas sistem elektrik dan elektronik yang juga termasuk peralatan elektronik, sistem elektrik pesawat dan penyenggaraan pesawat sistem elektrik dan alat.
Setelah selesai program ini, graduan akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam avionik Penyelenggaraan. Ini latihan yang komprehensif akan menyediakan graduan yang akan mudah diserap oleh industri penerbangan seperti syarikat penerbangan, penyelenggaraan dan pembaikan organisasi, vendor pesawat, dan juga stesen pembaikan avionik atau bengkel.
Dengan pertumbuhan dalam industri penerbangan tempatan dan antarabangsa, latihan ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan.
Anyways, pray the best for me. && congrates kat semua yg dapat foundation!
No comments:
Post a Comment