Bahagia

 
Di-snap dari buku Melankolia Bisu. 


Bila aku search kat twitter. Ini yang aku dapat. 


Bagi aku bahagia tu relatif. Semua orang ada cara tersendiri untuk merasa bahagia. Dan setiap orang mendefinisikan bahagia itu berbeza. Bagi orang sakit, sihat itu bahagia. Dan bagi yang sihat, bahagia tu bukan lagi pada kesihatan tapi pada perkara yang lain. Terpulang pada individu. Bahagia ni satu 'moving target' yang tidak spesifik maknanya. Tapi aku tertarik dengan tweet dalam kotak merah tu. Dan aku rasa, itu la makna bahagia yang sebetulnya. 

Bahagia itu bukan diletakkan pada orang yang bercinta sahaja. Dulu, itulah yang aku fikir. Bila bercinta, bahagia. Bila ada family yang sporting, bahagia. Teruknya fikiran aku dijajah masa tu. Rakusnya mentaliti aku dirogol waktu tu. Cerebrum aku ni macam tersekat tiba-tiba bagaikan loading yang akan fail.  Aku ibarat terkepung dalam kotak otak aku sendiri. Kebal juga cell wall otak aku ya hahaha. Neuron-neuron ini seperti disimpul mati seperti fallopian tubes yang telah diikat sehingga menghalang the moving of eggs into the uterus. Persoalannya, perlu ke aku masukkan biology dalam entry ni? Dan... otak ada cell wall ke? Ah lantak lah.



Tuhan -- Semua orang tak sempurna. Dah gitu, aku pun termasuk dalam kategori yang sama. Walaupun aku berusaha untuk jaga, tapi kadang-kadang terbabas juga. Tanpa sengaja. Syaratnya, jangan biarkan ia bersarang terlalu lama. It will comes the day dimana apa yang kita buat semua tak kena.  Ketidaktenteraman jiwa yang akan kita rasa, Kegusaran di hati yang tak tahu nak gambarkan macam mana. Hanya satu ubatnya, dekatkan diri yang Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa. Luahkan segala yang terbuku di dada. Khusyuk. Persetankan segala hal dunia. Trust me, you will get a spirit yang sangat luar biasa. Itu lah bahagia. 

Keluarga -- Indahnya damainya keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan sayang  ♫ ♪ ♫  Ibu bapa adalah nafas kehidupan. Syurga sebelum syurga. Cahaya sebelum cahaya. Betapa besarnya kasih mereka tidak tergambar dek kata-kata. Sem break ni niat di hati nak kerja tapi abah macam er err hm takpe lah kita tolong abah je. Merasa lah juga angkut bata, angkut simen, angkut segala benda masuk dalam Ranger. Merasa juga tangan calar kena hujung besi, merasa juga 'nelah' tapak tangan angkut bata. Luka dimana-mana. Sumpah, penat gila. Tapi aku puas. Nak tahu rasanya apa? Rasa bahagia. 

Kawan -- Hm? Walaupun dengan kawan masa yang paling banyak aku luang untuk keluarkan segala isi tawa bahak-bahak aku tapi that's not the definition of bahagia. Itu bukan bahagia bagi aku. For some people, maybe yes but not for me. 'Eh yang engko suka mengilai macam hantu tu, bahagia la tu.' Eh dia ni aku cakap bukan, suka hati aku la. Kan dah cakap tadi bahagia tu relatif. Fake friends are everywhere, man. Kalau pada mengilai kau letakkan makna kebahagiaan, dengan sesiapa pun kau boleh mengilai. Bukan dengan kawan je. Itu, yang engko duk tengok si Nabil, si SepahTu, si Jozan buat lawak sampai ter-mengilai ketawa tu, engko bahagia ke? itu ke erti bahagia yang engko cari selama ni? Hah? 

Bahagia dengan kawan is when they give you spirit to raise you up. Bahagia dengan kawan is when they are there for you to wipe your tears away. Bahagia dengan kawan is when they stay with you to hear everything that you are going to express. Bahagia dengan kawan is when they be your shoulder for you to cry on. Bahagia dengan kawan is when you both advice each other if one of you makes mistakes. Bahagia dengan kawan is when you both always remind each other for the goodness. Bahagia dengan kawan is when you both always gosipping about your own boyfriend at night. Dan yang paling bahagia dengan kawan is when you know they are not going to back stab you!

Loved ones -- Bahagia when you got a whatsapp "Assalamualaikum, esok cuti. Nak gi pantai dok?" after 2 days he was silence. Hahaha itu cerita semalam daa. Tapi itu lah kebahagiaan. When you got a quarrel, then you reconcile. He is the man yang takkan pujuk. No, he is the man yang tak pandai pujuk (the right ones). Engko meghajuk lah soghang hahaha. He's try but he always fail. He was always thwarted by me. But what makes my heart grows is when he makes that kind of  surprise. Little surprise that makes little heart makes him as love eternally. Dah, kita biarkan ia tergantung begitu. 




Rasulullah S.A.W bersabda:
Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati"

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Assalamualaikum :)

Kuat?

Have you ever wake up in the morning and feel so strange?

Seperti.. ada roh tanpa jasad. Hidup segan, mati tak mahu. Macam badan yang terbinasa, hanya tinggal jiwa. Seperti ada yang tak kena. Macam rasa yang tak ada rasa. Satu perasaan yang sangat typical. Yang  tak boleh luah melalui kata-kata. Dan aku tak pasti apa perkataan yang sinonim bagi rasa itu. Aku sendiri keliru. Buntu.

Menulis pada waktu yang sepatutnya aku tika ini bertungkus-lumus menjawab soalan Engineering Maths yang beribu. Kerana final exam hanya tinggal 1 hari menunggu untuk menerkam aku. Kalau aku kuat, aku boleh lepaskan diri daripada berdiam kaku. Kalau aku lemah, terpaksa aku merelakan ia membunuhku.  

Kita tinggalkan persoalan itu. Hm betullah apa orang kata, cinta mana tak dibadai dugaan, kasih mana tak teruji cubaan. Selama ini aku mengumpul kekuatan, aku sangka aku boleh menang. Tapi bukan, aku masih tak mampu melangkah ke depan. Rasa di hati mungkin aku menang cuma cinta di jiwa aku masih tak mampu tawan. Ingin melangkah tanpa kekecewaan.

Dia yang tak pernah jemu menunggu setiap malam. Biarpun untuk jam 2am. Setiap kata kasar yang dilontarkan, dia diam. Dia makan hati berulam jantung setiap malam. Sorang-sorang. Sebab? Dia cuba berlagak matang. Dia tak mahu keruhkan keadaan. Biarlah sakit itu hanya diletakkan dirinya yang malang. Malang? Ye malang. Tapi ada kau faham? Celaka. Ini bukan sarcasm. Yang kau anggap mainan. Ini hati perempuan, yang perasaannya kau campak, kau buang!
 

Aku pernah pesan dulu.. Kau boleh marah aku. Kau boleh tengking aku. Kau boleh abaikan aku. Kau boleh cari kembali aku. Kau boleh datang tanpa bersalah pada aku. Kau boleh biarkan aku. Kau boleh sakitkan hati aku. Kau boleh toreh luka di hati aku. Kau boleh buat apa je pada aku. Tapi hanya pada aku. Sebab, kau takkan pernah jumpa lagi perempuan seperti aku.

Tak cukup dengan itu, datang pula manusia bajingan. Yang jantan pula gatal melayan. Dua-dua bangang. Kalau rasa bosan, hati aku tu pulangkan! Untuk orang lain bagi salam dan duduk dalam diam-diam. Aku tak perlu manusia yang bila nak sayang, sayang. Bila nak nak buang, buang. Kejam natang!

Entah sampai bila aku sanggup tunggu. Tak mungkin sehingga mentari terbit dari timur dahulu. Tak mungkin sehingga Israfil meniup sangkakala dahulu. Tak mungkin sehingga panggilan sakara didengar dahulu. Tak mungkin sehingga semua itu berlaku. Entah. Buntu.

Alih-alih buntu. Jantung dah tak lagi laju. Rasa sayu dalam sendu. Tunduk sendu dalam kelambu. Cuma berharap agar tidur aku tetap lena walau syahdu. Mimpi aku tetap indah walau berserabut. Dan esoknya bangun semua itu akan bertebangan hilang bagaikan debu. Kehidupan juga menjadi tenang tanpa rindu. (Andainya aku boleh letakkan diri aku dalam situasi sebegitu.)

Untuk ke ratusan kali, aku gagal lagi untuk menahan air mata ini dari jatuh. And you know the feeling when you’re at one level of sadness, and nothing can cheer you up. Saat tu kau tak boleh kongsikan dengan sesiapa sebab kau sorang yang rasa.


Dunia aku kebarangkalian cuma sisipan dari picisan.

Hati aku penuh kesumat
Angkara luka yang kau palit hebat
Sakitnya tak bisa di ubat

Kerana sudah bernanah engkau buat! 

Serik.

Mereka kata, "what you give, you will get it back." But, this is not my first time give, but i got return in vice versa. Not my second time either.

Bukan sekalung penganugerahan yang aku pinta. Bukan pengangkatan darjat yang aku damba. Bukan wang ringgit yang aku mahu terima. Dan bukan juga ucapan jutaan terima kasih yang aku mahu dengar di telinga. Cukuplah sapaan gembira bila berjumpa. Cukuplah terukir senyum bila bertemu mata. Sebagai tanda diri tidak lupa.

Tapi apa yang aku dapat? Hina cerca dari mereka. Sinis memandang berganti tawa. Bercerita entah apa pada semua. Masam muka bila berjumpa. Jelingan tajam bila bertemu mata. Sampai diri ini keliru salah aku apa.

Aku cuba husnuzon pada awalnya, tapi jawapannya tetap aku tak jumpa kenapa. Aku cuba buang semua negative vibes yang ada di kepala, namun hasilnya tetap sama. Semua orang memandang serong bak aku ini pembunuh bertopeng di dalam lorong. Bodoh. Sudah sunyi dan gelap, namun masih memakai topeng untuk menutup identiti dari diketahui orang. Jadi aku anggap kau lemparkan aku dalam situasi hipokrasi sebegitu rupa. Di mana, aku sendiri tak terjangkau teruknya aku ini yang kau sangka. Kalau betul itu kau maksudkannya, pergh kau memang padu gila.

Memang aku tak sebaik yang kau sangka. Jenis yang makan dalam, tak lama lagi kau tunggu lah letupan yang bakal datang. Tapi, kau tak perlu bimbang. Bukan jenis aku suka berdendam. Kau tak perlu takut nak tengok muka aku masam, sebab aku bijak beriak tenang. Kau hanya boleh tengok senyum aku yang tak berkesudahan. Walaupun suhu di hati dah melebihi paras amaran. Aku. Akan. Tetap. Tenang.

Sedih jugak bila terkenang. Aku buat baik tapi dibalas taik dek manusia kejam. Bagi aku, dia manusia yang langsung tak berperikemanusiaan. Yang tak habis-habis mencari kesalahan orang. Diberi kebaikan, mahu juga dibalas kejahatan. Atau mungkin sel-sel neuron yang bergabung di otaknya sudah berkurang. Kalau betul itu, aku maafkan. Nak kata aku kejam? Kau lupa, aku ini pembunuh bertopeng di lorong yang kau anggap syaitan?

Aku-- Perempuan yang tak akan lupakan kenangan. Memori kad otak aku masih lagi berfungsi dan masih lagi boleh diisi. Setiap apa yang kau lakukan, aku akan hadam dan simpan di sini, dalam memori. Namun, aku terlalu sayangkan persahabatan. Kemana pun aku lari, kau tetap juga aku akan berdepan. Sehabis mungkin, najis yang dah kau calitkan, aku akan cuba hilangkan. Bukan sahaja di pandangan orang, juga di ingatan. Lupakan semua sampah, nanah dan najis itu. Supaya aku suci daripada sebarang kekotoran.

Tapi, sabar itu indah. Sangat indah. Islam itu cantik. Walaupun aku diuji sebegitu rupa, namun Dia hadirkan insan yang tak henti menyokong dari belakang. Tapi bila aku kenang. pepatah "what goes around, comes around" macam kena dengan keadaan. Dulu aku tolong sebab aku kesian, sekarang bayang aku sikit pun dia tak pandang. Lepas ni, kalau kejadian dulu berulang, aku langsung tak hairan. Memang setimpal dengan apa yang kau dah buat dekat orang. Cuma, dari jauh aku hanya mampu doakan. Semoga kau berubah dan menjadi lebih baik untuk masa yang akan datang. Okay kawan?


Did I mention anyone? So, keep calm.

HATI ✿

Aku bukan jenis suka bermadah pujangga. Sebab aku memang bukan expert sangat pun dalam penulisan ni. Menulis pun tengok mood. Terhasilnya puisi pun, aku kena mengalami sesuatu tu dulu baru tercetus idea. Kalau tak, harom aku nak buat. FAILED! Buat malu diri sendiri.

Menaip sambil ditemani lagu ‘Apa khabar’ Joe Flizzow.

Hati? Apa khabar hati? Jangan bimbang. Aku bukan nak cakap pasal how my heart got melts when my boyfriend did something sweet. Tak tak. Tak kan ada pun unsur sebegitu. Aku tahu orang menyampah. Aku pun taknak share. Sweet sweet tu aku simpan dlm poket aje. Sebab aku tahu ramai pentiru, copycats di luar sana yang selalu nak hidup serupa macam life aku. Eheh sentap?

Hati lembut—bukan sorang yang meletakkan aku dalam keadaan tu. Bukan dua bukan tiga. Ramai.

‘Hek eleh semua pompuan hati lembut kot. Over sial.’

Ye. Betul. But guess what? I’m still crying when on the phone with Mama Abah even I’m now at the end of semester 2. My tiara started to fall down once Mama Abah asked ‘SIhat?’ at the beginning of the conversation. & of course I can’t hold ‘em for too long and I have to burst it out. And the conversation stopped there. Always. Housemates aku dah bosan dah jemu dah tengok aku nangis. Diorang pun dah tak heran. Tak pelik. Normal. Bagi manusia bernama Nurhafifah Mohd Ghazali.

Aku pun tak pasti kenapa lacrimal gland ni aktif sangat terangsang. Kenapa meibomian gland ni tak boleh tampung air mata aku. Kenapa hormone prolactin, hormone adrenokortikotropik, hormone leucine encephalin ni terlebih sangat.

Aku ni jenis yang kalau sakit, lagi tak teruk aku takkan makan ubat. Lagi boleh tahan aku takkan pergi klinik. Lagi boleh tanggung, aku takkan bagitahu orang. Sebab aku tak suka mintak simpati orang. Aku tak suka tarik perhatian orang. & one of the reason is when I’m about to tell them that I’m sick, lacrimal gland ni cepat sangat terangsang. Air mata nak keluar dah tak tertahan-tahan. Lebih-lebih lagi bila ada yang datang tunjuk simpati, air mata terharu tu mencurah-curah macam lepas putus cinta katekoo.  

Sebab tu bila Mama Abah tanya, ‘Sihat?’ aku rasa terharu sangat. Feeling loved. Feeling cared. Feeling safe. All of that feelings mixed into one. Aku tak tahu nak describe macam mana tapi semua tu aku boleh rasa di sini. Di hati.

Aku dah biasa dah lepas on the phone, hati masih sebak, air mata masih jatuh, si housemates lagi menyemarakkan air mata tu untuk jatuh. Gosok-gosok belakang la. Tu pun sejenis perangsang untuk air mata aku ni lagi syok gugur ke bumi. Suka sangat la diorang tu. Suka.

Satu lagi yang boleh buat air mata ni gugur, bila Mama Abah Tanya ‘Duit cukup?’

Aku anak perempuan. Apa-apa Mama Abah banyak bagitau aku. Aku faham. Aku rasa kesusahan diorang. Even orang tengok kita ni senang. Kita pulak, takkan nak tunjuk susah kita kat orang. Again, I’m not attention seeker jerks! Selama ni abang aku mintak duit, even diorang sendiri tak cukup duit tapi dihulur juga, dibank-in juga. Parents ni kan jarang berkongsi dengan anak lelaki. From what I saw in my family, anak lelaki ni entah la nak cakap dia ni tak faham, bukan. Saja ego lelaki mungkin. Hati lelaki. Kadang aku terfikir, sebelum mintak duit tu diorang fikir dulu ke Mama Abah ni ada duit ke tak. Kadang datang jugak geram dalam hati ni.

But now, it’s my turn. Living far from family for the first time. Anak perempuan manja yang langsung tak hingin duduk hostel tiba-tiba tercampak di Shah Alam. Susah jugak aku nak terima dulu. Rasa macam mimpi. Selama ni hidup semua bergantung dekat family. Nak pergi kedai pun mesti kena ada orang teman. Memang sejak dari sekolah lagi aku memang lack of confidence. Because of that I had lost so many good opportunities.

So, sebab tu bila duit dah kurang aku nak mintak pun tak sampai hati. I don’t want to be a burden to them. Semua yang dikongsi terpahat kukuh di hati. Aku dengar, aku rasa, aku faham, aku simpan semua kesusahan tu. Bila aku dah sebati dengan semua tu, takkan aku nak butakan hati. Aku jauh. Susah diorang aku tak tahu. Sakit diorang aku tak tahu. Kalau ade dekat, bila diorang susah aku ada sama-sama. Aku harungi sama-sama. Memang aku tak boleh buat apa but at least I was there. Berikan fahaman pada adik-adik pasal ni. Beri pelukan hangat pada mereka yang tidak mengerti apa-apa lagi. Dengan harapan sedikit kekuatan yang aku ada sampai pada mereka agar mereka lebih kuat dari biasa, dari sedia kala. Malah, lebih kuat dari kakaknya.

Tapi aku bersyukur. Dalam masalah hati yang aku alami, ada insan yang sudi menjadi bahu untuk aku tangisi. Walaupun dia tak sepenuhnya memahami rasa hati ini, tapi terima kasih atas semangat dan nasihat yang diberi. Terima kasih sayang. Rasanya terima kasih langsung tak mencukupi. Tak semua masalah aku kongsi, jadi bila aku sudi, aku harap ada yang tak jemu mendengari,tak jemu menasihati, tak jemu semangat yang diberi, walaupun untuk berulang-ulang kali.


Tapi dalam diam, aku juga mengumpul kekuatan. Aku penat hidup takut dengan bayangan orang. Aku perlu kuat menghadapi kehilangan. Bila tiba masanya nanti, aku perlu berani melangkah pergi. Tanpa sakit di hati. Masa tu aku takkan berpaling lagi. Aku akan tetap berjalan tanpa henti. Dan tanpa menoleh ke belakang, kanan dan kiri. 


I'm stop here. Jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum. 

KAWAN

Hai. Assalamualaikum.

Nak hurai pasal kawan ni kan, sampai ke subuh esok tak habis. Nak rungkai makna kawan ni kan, beratus-ratus banyaknya. Nak cerita moments dengan kawan ni kan, sampai ada yang tak tercerita nanti. Memang la hidup ni kena berkawan dan kena ada kawan sebab Allah dah kata, kat dunia ni bukan kena jaga hubungan dengan Allah je, kena jugak jaga dengan makhluk lain, kena jugak jaga dengan manusia. Tapi manusia ni kan, asal topic kawan je, mesti nak buat perbezaan between ‘kawan’ dan ‘sahabat’. Jadi, aku taknak semakkan otak aku harini dengan cari salah kawan aku so they are not qualify to be my sahabat.

For me, isu kawan dan sahabat ni sensitive. Kau mana boleh sesuka hati nak cop ni kawan ni sahabat. Memang pada ironinya, orang paling baik dengan kita, ye tu sahabat kita. Orang yang ada masa kita susah terus consider jadi sahabat. Don’t you know, manusia ni ada macam-macam cara to show their love towards you? Lain orang lain cara beb. What do it feels bila orang yang kita selalu doa, orang yang kita selalu buat baik but just because sekali je kita tak ada bila dia susah terus dianggap kita ni bukan sahabat. Kita sendiri pun bukan nak cerita masalah kita kat dia. Pastu nak assume yang bukan-bukan? Gitu?? Sebenarnya orang macam gini lagi tak layak kita nak anggap sahabat. Orang macam gini yang  tak faham erti sahabat. Eee ni nak emo ni! Sebab tu aku cakap benda ni sensitive. Bila kita heboh satu social network siapa sahabat kita, tapi orang yang kita tak anggap sahabat tu, anggap kita ni sahabat dia. Kau tahu hati berulam jantung ni, bila dikerat  14 pastu dicincang lagi dgn chopper pastu blend rasa dia macam mana? Tahu??!

Berbalik pada title tu, aku nak cerita pasal kawan je. Bukan pasal sahabat. Hihihi emo lebih jap tadi. Kawan tadika aku pun aku still ingat sampai sekarang. Cuma, aku tak tahu dia sekarang kat mana. Tapi aku ingat, nama dia Alia. Dulu, aku selalu tiru dia kalau buat kerja hahahaha! Kawan sekolah rendah pun, ramai yang berjaya. Memori kawan ni, banyak tercipta kat sekolah menengah. Sebab? Kita dah besar, kita dah tahu nilai dengan siapa kita patut berkawan dengan siapa kita tak perlu jadikan kawan. Ye la, zaman sekolah semuanya manis. Bila masuk university semua, semua dah bawa hala tuju masing-masing. Sebenarnya proses tu sama je dari zaman tadika. Masuk uni, jumpa kawan kat uni pulak. Bila nanti dah grad, pastu kerja pun sama. Sebab roda hidup kita ni selalu berputar. Sebab tu jangan sombong bila kita kat atas. Akan ada waktu kita berada di bawah. What goes around, comes around. Ingat tu.


Terlintasnya hati nak buat pasal benda ni bila one of my friend posted rindu kawan rindu nak gather balik. Yes, aku pun ada perasaan macam tu. Aku pun rindu semua tu. Rindu sangat. Tapi bila gather, confirm ada yang buat muka. Itu yang aku malas sebenarnya. Malas nak layan drama murah macam tu. Malas nak sakit hati. Malas nak menyampah. Adios.

End of 2014.

Hai assalamualaikum :)

Well, 2014 has come to an end. 3 days more to go. Excited? Some of you must be very excited kan sebab mungkin ni adalah pengakhiran bagi sebuah duka, seksa dan sengsara. And some must be sad to leave the year of 2014 sebab mungkin terlalu banyak kenangan yang dicipta dan tercipta. Dan kita semua tahu, tahun 2014 juga tahun yang sangat menguji negara. Boleh kata banyak unexpected things yang jadi. The missing of MH370; MH17 was shot down; more than 100k were affected by floods. And.. just now i heard bout AirAsia plane QZ8501 goes missing. 2014 such a terrible year for aviation, such a tough year for Malaysia! 

& same goes to me. This year hasn't been easy for me. Too many struggles, challenges, depressions and emotional ordeal on the way. Lots of laughter has been burst out and not forget the vise versa, Lots of tears too has been falls down. But what keeps me going is Allah and the people that love and support me thru my thick and thin. 

Kerja-- Kalau cakap pasal kerja, cakap pasal cari rezeki, cakap pasal the difficulties to earn money, memang sebak di dada tu datang. Memang mutiara di iris nak gugur. How we communicate with customers, how we handle with our boss, & what the people out there talk about us. Semua tu pengalaman. Semua tu cabaran. Dan semua tu adalah kekuatan. Semangat aku. Untuk hadap segala bermacam-macam lagi ujian hidup yang bakal datang. 

Studies-- Alhamdulillah i got offer from one of the IPTA in Shah Alam. Sebenarnya ada 2 pilihan yang memang sangat menguji aku. Ye lah sebab dulu takde cita-cita kononnya mana dapat aku pergi je lah. Ha bila kena pilih antara 2 baru lah haru hahaha. I was at one point where i didn't know what to choose for my future. I have to choose kehendak aku or parents. My aunt call "kamu tahu tak Politeknik Shah Alam ni politeknik premier. Setaraf dengan universiti. Ada 3 je poli premier kat Malaysia ni bla bla bla.." So as the conclusion, last June i went to register myself there. I hope i'm doing the right choice. Bcs i'm not willing to go there at first. 

Bila aku dah buat keputusan, bila mana aku rasa aku dah terlepas satu beban yang memberat kepala aku ni, bila aku rasa mulut orang akan diam bila aku pilih yang itu... Rupanya aku salah. Ada lagi segerombolan kumpulan lain yang datang menyerang. Ni lagi kusut. Ni lagi rimas. Aku yang belajar kau yang panas?! I've heard a lot of negative vibes. Aku memang mentally down masa ni. Aku tak faham lah manusia ni. Why must complain? Giving inspiration to build their spirit is better than making them down kan. Yang cakap politeknik ni banyak graduan menganggur la. Yang paling stress bila my ex caunselor said "Bakpe pilih politeknik? Hm tanam anggur la lepas belajor kekgi." Sambil senyuman sinis terukir di wajah. Kaunselor yang tugasnya membantu pelajar boleh merendahkan aku sebegitu rupa..... Tak kurang juga relatives, neighbours yang mana bila tahu i'm gonna study in Shah Alam, everyone was like....er ugh! Alhamdulillah, i'm still free from any culture shock. I am still me. Aku tahu mereka risau tapi jangan la obvious sangat.


Final exam-- Engineering bukan satu course yang mudah bagi aku. I have to face physics yang memang seteru aku masa sekolah. I have to try the different methods to solve one calculation question. Aku perlu tahan Engineering Maths and other killer subjects. But alhamdulillah, semester one went so well. Aku berjaya sesuaikan diri dengan keadaan, dengan kawan yang dah macam keluarga. Semua jenis easy-going. Dan aku rasa pilihan aku adalah pilihan yang tepat.....



Hajj-- Alhamdulillah. Abah dipanggil oleh Allah utk menjadi tetamu-Nya tahun ni. He never make any appeal tapi doa yang berterusan semoga rezekinya cepat. And Allah heard his du'a. Dan apa yang buat aku kagum sangat bila abah kat sana, bila aku teringat abah je confirm tak lama lepas tu abah akan call or at least message to inform me he is okay. Memang lah instinct seorang bapa tu ada tapi it was rare. How do he knew when i'm thinking 'abah dah makan ke sekarang ni..' then a message received from him 'abah dah makan.'. It was something yang aku memang tak habis fikir. Hebatnya bila kita kat bumi haram tu. I wish i could go there (Makkah) at my young age. Amin.



Rumah sewa-- Sem 2 ni aku dah mula menyewa. Untung kitorang sebab dapat rumah yang dekat. Dekat tak jugak. 30 minit jugak jalan kaki. I once said to my friend "Zaman sekoloah rendah gi sekolah van ambik hantar. Zaman sekolah menengah parent hantar. Zaman ipt tetiba gi jalan kaki." Hahaha memang pahit sekarang tapi semua tu akan jadi manis bila nanti dah berjaya, dah kahwin. Boleh cerita kat anak. Hiks! Rumah sewa satu hal. We have to deal dgn penyewa lain. Manusia. Bukan sama ragam dengan kita. Macam-macam jenis macam-macam pe'el perangai. Kadang-kadang pening aarr. Tu baru penyewa, tak cakap pasal owner lagi. Hm nasib anak owner handsome. Haih bergegor iman ni. Hihihi. Cakap pasal dapur, kena beli barang dapur lagi, kena masak. Everything on your own. Takdenye penat jalan kaki balik nasi dah siap. Takde maknanye........ 



Dia-- Perjalanan cinta dah hampir 4 tahun. Thanks for everything. He knows the best sides of me. Dia siap boleh list advantages yang ada pada aku. Yang selama ni aku tahu tapi tak tahu the most suitable words to use for that character. Not only the best sides, he used to know the bad sides of me. Dia tahu semua benda yang jadi pada aku hari ni, semua aku akan cerita kat dia. Dia penat yet that's not the reason for him to not to hear my stories. Dia tetap akan dengar. Dia tahu rajuk aku macam mana. Dia tahu marah aku sebab apa. Cuma dia tak tahu dalam mana sayang aku kat dia. Sebab semua takkan pernah dapat diluah pd lisan. Dan takkan pernah ada perkataan yang sesuai untuk dalamnya sayang aku pada dia. 

Sayang sebab apa? Kau fikir, kat mana lagi aku nak cari lelaki yang akan selalu ingatkan aku pasal mak bapak, pasal aurat, pasal solat, pasal hormat? Kat mana lagi aku nak cari lelaki yang bila lengan baju aku terbuka, dia akan suruh aku tutup? Kat mana lagi aku nak cari lelaki yang larang aku post gambar in social network hanya sebab supaya aku tak tunduk pada pujian? Kat mana lagi aku nak cari lelaki yang akan membebel bila aku cakap nak beli tu beli ini yang hanya sekadar kemahuan? Kat mana lagi aku nak cari lelaki yang akan segera menutup ruang bila terang-terang dia ada peluang utk ambil kesempatan? Kat mana lagi aku nak cari lelaki yang kata sayang itu dia simpan tapi bila diluahkan terasa keikhlasan sehingga habis bulu roma meremang?

Walaupun apa yang dia buat tu, bagi aku hanya menyekat aku. Tapi itu lah yang aku perlu. Aku perlu bebelan itu. Aku perlukan amarah itu. Aku perlukan teguran itu. Aku perlu nasihat itu. Sebab semua tu lah yang akan bagi manfaat pd aku akan datang. Bebelan itu yang membuatkan aku tidak menyesal di kemudian hari. Terima kasih untuk semua itu, sayang.



Alhamdulillah, cerita 2014 dah hampir ke penghujung. Semoga suka duka tangis tawa sepanjang tahun ni akan terus jadi kenangan. Kenangan yang mungkin akan menggamit hati ini pada tahun-tahun akan datang. 

Interview UniKL MIAT.

Hi assalamualaikum.

So, alhamdulillah I've done my second iv which is avionics maintenance. Merasa lah juga kita ke iv hahaha ok tak lawak. Tapi memandangkan iv kali ni aku pergi membawa diri seorang diri, jadi takde benda yang lawak pun, Semua macam formal aje & memasing menunjukkan kematangan memasing termasuk aku. Hikhik

Iv dimulakan pada jam 9 pagi bertempat di pejabat MARA, Kuala Terengganu. Guess what? I was the first to arrive there at 8.20am!! Hahahaha. Jadi aku yg first lah kan. Nervous tu memang lah kan, tapi tips nya adalah, bila nervous, baca yaasin ayat 9. Pun doa nabi Musa a.s "Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." InsyaAllah.

Mula-mula korang kena jawab ujian bertulis yakni iq test-- starting dah kira-kira, ada soalan shape, mekanikal, logic, the last one is english grammar. Kalian diberi masa 30 minit untuk jawab 50 soalan. Nah memang perah otak lah kome ye hahahaha. Dukacita dimaklumkan penggunaan kalkulator tidak dibenarkan sama sekali dan kertas soalan tidak boleh diconteng. Memang seksa weh. Tapi be chillax, soalan okay. InsyaAllah...

Antara soalan yang panel tu tanya aku adalah --

1. Introduce yourself.
2. Why you choose MIAT.
3. Where do you know MIAT.
4. Explain how aeroplane can fly.
5. Give me another principle other than bernoulli principle.
6. Give me the example of aircraft.
7. Do you have any question?

Part do you have any question tu memang wajib lah tanya sebab kat situ lah bonus marks mungkin? Hahahaha tapi be ready la, jangan nervous sebab dalam bilik iv kau takkan rasa berdebar langsung. Panel semua okaaaayyyyyy sangat. Serious lagi sempoi dari iv tesl aku rasa. Hehehe btw, sape-sape yang dapat tu, here I wish you best of luck & have fun for your iv bcs I really enjoy mine! :D

Until then, assalamualikum.